Sabtu, Jun 25

Semangat Kita Ke Mana?


Semangat kita ke mana?
Dalam masa yang singkat ini ku sisipkan sedikit warkah perjuangan buat teman-teman di sana demi menjelaskan matlamat kita agar tidak larut dengan persekitaran.

"Kuatnya ikan.... Sekecil badannya itu namun rasa dagingnya tidak sedikit pun terkesan dengan masinnya air laut"

Ya Allah bantulah da'wah kami, JELASKAN MATLAMAT KAMI & satukanlah hati kami seperti mana engkau satukan hati ansar dan muhajirin.

Allah firman dalam qurannya yang agung, "sesungguhnya kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku". Kita (manusia) diciptakan Allah ke bumi dengan 3 TUJUAN khusus,
  • A'BID (Hamba)
  • DAI' (Penyeru)
  • KHALIFAH
Teman-teman yang ku rindu spirit da'wahnya,
Saya boleh mengatakan yang semangat ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sejauh mana kita boleh bersemangat dengan ber'tongkat' orang lain? Adakah kita akan selamanya bersama? Adakah kita sudah sedia menjadi arus perubahan di luar sana?

'Sahabat sekalian, mari kita fikirkan sejanak....'

Kalian boleh tentukan semangat kalian sendiri,
anda mahu semangat atas dasar apa? Nasionalisme, patriotisme, racisme dan macam-macam lagi yang terdapat di luar sana.
NAMUN, sahabat sekalian, berfikir cara matang. Berfalsafah sejauh yang mungkin. Besarkan ruang lingkup minda yang telah diberikan Allah kepada kita.

Dunia merupakan jambatan ke akhirat. Dunia adalah ladang akhirat.
DUNIA HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN YANG HANYA SEMENTARA.

Anda semua insan bijak. Dikurniakan Allah dengan ke'genius'an akal yang mana tidak diturunkan kepada orang lain.

Saya gesa anda semua agar sama-sama kita berfalsafah.
Adakah KITA dahulu tidak pernah bersatu?
Dimana asal-usul KITA yang sebenarnya?
Mengapakah KITA dimerdekakan?
Adakah KITA dimerdekakan untuk dibebaskan atau makin dijajah pemikirannya?

Sekali-lagi ku ulang,
Anda semua insan bijak.........
MAKA FIKIRLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan