Rabu, Februari 2

Kenapa "Tinta Hati Untuk Da'ie"?



Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa "Tinta Hati Untuk Da'ie"? Jawapannya mudah; kerana ini untuk semua dan semua orang merupakan da'ie. Terkejut? Jangan; kerana hakikatnya itulah kewajipan semua. Tak percaya? Ini dalilnya:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” 
(An-Nahl : 125) 
* ini hanya sebahagian daripada dalil yang ada; untuk selebihnya, sila tekan sini.

Jadi, nak atau tidak, kita harus memikulnya. Namun, ada yang berkata "saya ni belum sempurna, mana boleh berdakwah?", "saya ni bukan generasi harapan, siapa yang nak ajarkan saya tentang dakwah?" dan macam-macam lagi alasan yang cuba dikemukakan. Kenapa ada sebahagian yang beralasan sedemikian, sedangkan untuk menjadi da'ie itu tidak perlu syarat kualifikasi? (Maksud saya di sini, untuk menjadi da'ie perlu ada ilmu, meskipun sedikit dan juga kemampuan untuk beramal. Kualifikasi yang cuba saya sampaikan ialah seperti seorang yang selalu berjubah, seseorang yang dipandang tinggi masyarakat, dan pelbagai lagi tanggapan yang wujud di benak masyarakat hari ini.)

Kita lihat kembali sejarah penurunan ayat yang mewajibkan Rasulullah untuk berdakwah ( 74:2 ); turunnya ayat ini seakan membawa simbolik untuk menyatakan tujuan utama kita berdakwah untuk mengajak manusia mengtauhidkan Allah S.W.T. Apa yang simboliknya? Kerana ketika ayat ini turun, hanya ada ayat al-Qur'an berkenaan kebesaran Allah (aqidah) sebagai bekalan dakwah Rasulullah. Secara tidak langsung, ini mengajar kita bahawa keutamaan di dalam dakwah adalah untuk mengajak manusia mengtauhidkan, tanpa mengetepikan aspek-aspek lain sekiranya keperluan utama itu sudah dicapai.


Sekalipun kita menyatakan kita sudah lama berkecimpung di dalam dakwah, adakah kita sudah jelas terhadap matlamat dakwah itu sendiri? Ramai yang berkata niat dakwah mereka itu untuk menggapai mardhatillah. Benar, seharusnya mardhatillah itu yang menjadi hasil tuaian amal kita. Namun begitu, dalam mencapai mardhatillah, kita mesti jelas dengan matlamat yang kita bawa; dari aspek bagaimana matlamat itu mampu membawa kepada mardhatillah. Bagi menjawab persoalan matlamat dakwah, kita lihat sendiri jawapan yang tersedia di dalam al-Qur'an:


"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan Allah atau diazab-Nya mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu adalah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertaqwa." ( 7:164 )
* 2 matlamat dalam berdakwah; pelepasan daripada persoalan Allah & mengajak manusia kepada ketaqwaan (tauhidullah). Bagaimana matlamat yang tergaris di sini mampu membawa kepada mardhatillah, anda semua fikirkan sendiri. Kerana itu Allah mengurniakan kita akal.

Rugi, dan sangat rugi mereka yang menolak untuk memikul amanah Ilahi ini. Bahkan pernah ar-Rasul bersabda:

“Demi Allah, jika Allah swt menunjuki( memberi hidayah ) seseorang dengan (dakwah) mu maka itu lebih bagimu dari unta merah.” (Bukhari, Muslim & Ahmad)
"Wahai Ali, jika Allah swt menunjuki seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya (lebih baik dari dunia dan isinya)". (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)
“Sesungguhnya Allah swt memberi banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan selalu mendoakan orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”  (HR. Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili)
“Siapa yang mencontohkan perbuatan baik dalam Islam, lalu perbuatan itu setelahnya dicontoh (orang lain), maka akan dicatat untuknya pahala seperti pahala orang yang mencontohnya tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka yang mencontoh nya. Dan barangsiapa mencontohkan perbuatan buruk, lalu perbuatan itu dilakukan oleh orang lain, maka akan ditulis baginya dosa seperti dosa orang yang menirunya tanpa mengurangi mereka yang menirunya." (HR. Muslim dari Jarir bin Abdillah ra)

Jadi wahai ikhwahku, adakah ganjaran dijanji ini terlalu murah sehingga kita sanggup membiarkannya? Yakinlah pada janji Allah, dan tidak pernah terlalu lambat untuk bermula.


"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat." (Hadeeth)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan