Rabu, Februari 2

IKATAN KE'ION'AN

IONIC BOND.


Dalam ilmu kimia istilah ikatan ke'ion'an (ionic bond) adalah seperti berikut.



"Sebatian adakalanya mengandungi cas positif atau negatif. Molekul yang bercas ini digelar sebagai ion. Seperti contoh, garam harian adalah, NaCl, yang mengandungi ion sodium (Na+) dan ion klorida (Cl-). Ion yang bercas positif bernama cation dan ion yang bercas negatif bernama anion."


Dengan menggunakan bahasa yang mudah, ion adalah pergabungan dua molekul yang berlawanan cas untuk membentuk satu kombinasi bahan atau sebatian yang lain.


DENGAN NAMA ALLAH YANG KU PANJATKAN SETINGGI-TINGGI SYUKUR KEPADA-NYA.

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SAW)


Abu Bakar seorang yang lembut jiwanya, santun bicaranya, lembut perwarakannya dan sarat hikmah segala tindak-tanduknya. Seorang yang begitu hampir dengan Ar-Rasul. Biar titis air mata deras membasahi pipi dek bisa kala, demi hanya membiarkan kekasihnya lena nyenyak tidak diganggu. Peribadi yang mulia tiada tolok bandingnya. Diiktiraf ketulenan imannya oleh Ar-Rasul meski dibandingan dengan umat keseluruhannya. Sayangnya pada Ar-Rasul, Ar Rasul juga demikian juga padanya. Tiada kompromi bagi sahabat sejati apabila Ar-Rasul disamatarafkan oleh Musailamah Al-Kazzab si penipu durjana.


NAMUN LAIN PULA PERIBADI,


Umar Al-Khattab singa agama. Jangan disebut nama, pasti akan ada jin yang terketar pabila mendengarnya. Sentiasa tersisip pedang buat dihunus bagi yang engkar. Tegas peribadinya tuntas tindakannya. Menjadi ugutan bahkan ancaman buat musyrikin Mekah, apabila Islam menjadi agama pilihannya.

"Siapa yang ingin anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda, halanglah aku untuk ke Madinah"

"Siapakah itu, wahai Abu Sufian" Tanya Abu Jahal.

Balasnya,

"ITULAH ABU HAFS, UMAR AL-KHATTAB"



Dalam mengharungi bingkai kehidupan da'wah ini, persoalan peribadi jangan dijadikan satu benda yang membebankan. Penyayang, lembut, baran, pemalu, sensitif, proaktif, antagonis dan sebagainya. Menjadi satu benda yang mustahil jika kesemua sifat diatas menjadi satu sebatian dalam diri individu. Sebagai seorang duat yang berjaya, kita bukanlah mencorak manusia menjadi seorang yang idealistik ataupun sifat kesempurnaan. Duat yang berstrategis dalam melaksanakan tuntutan da'wah hendaklah mengetahui potensi tersendiri yang ada dalam jiwa madu' masing-masing. Dengan potensi ini, kita salurkan pada tempat yang sesuai dan ledakkan potensi ini dengan memberi arah tuju yang membina diri dan persekitaran.

Sebagai satu tenaga penggerak pula, perasaan mampu-berseorangan hendak dijauhkan sejauh yang mungkin. Kita diri penuh kejahilan, kecacatan dan kekurangan. Sebagai seorang duat yang proaktif sentiasa juga sedaya upaya mencari rakan ataupun pedamping yang akan menjadi cermin kepada kita. Dalam masa yang sama kita menjadi cermin kepadanya.


Jika saya mengatakan saya seorang yang baran dan tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan justeru, saya memerlukan seorang rakan yang tenang lagi berfikiran jauh dalam menjadikan usaha da'wah saya usaha yang membuah hasil. Sama juga seperti contoh yang berkaitan Abu Bakar dan Umar di atas, lembutnya Abu Bakar disulami dengan ketegasan Umat Al-Khattab. Islam menjadi dominan pada zaman tersebut kerana ada jiwa-jiwa yang saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.


INILAH YANG DINAMAKAN

استكمل

(SALING LENGKAP-MELENGKAPI)

Ataupun IONIC BOND.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan